Sunday, May 12, 2013

Trip to London

Salam,

Alhamdulillah cuti semester baru-baru ni aku dan keluarga berkesempatan bercuti ke London selama seminggu. Ikutkan perancangan awal, ibu, abah dgn adik aku je nak gi bercuti. Pastu 2 minggu sebelum nak pegi baru aku decide nak ikut sekali. Kira last minit gak la. Perjalanan aku bermula dari 28/4 - 3/5. Flight aku berlepas dari KLIA jam 10.10 pagi dgn pesawat Airbus A380 penerbangan MH04. Sebenarnya memang menjadi impian aku selama ni nak naik A380, pesawat penumpang terbesar dunia. Selama ni tengok dalam tv je. Finally, tercapai jugak. Syukur. ;)

Penerbangan aku ke London mengambil masa selama 13 jam 10 minit. Boring ok. Xtau nak buat apa. Nak tido pun x boleh. Aku rasa sepanjang penerbangan, aku tido 2-3 jam je kot. Selebihnya tengok luar dgn tengok tv. -.-


Ni sebelum take off. View dari ekor pesawat


Lebih kurang sejam sebelum landing di London. Masa ni dah boring yang amat. >.<


Dalam flight dengar lagu dgn tengok movie jelah. Dah xde benda nak buat
Lebih kurang 13 jam lebih dalam pesawat, penerbangan aku selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London pukul 11.30 malam waktu Malaysia atau 4.30 petang waktu tempatan. Waktu di sana lambat 7 jam berbanding Malaysia. Kalau nak tau, airport Heathrow ni antara airport paling sibuk di dunia. Purata kapal terbang mendarat atau berlepas setiap 1 minit.

Aku nak melangkah keluar dari pesawat je, aku dah dapat rasa kesejukan kat London. Sepanjang aku dok sana, suhu kat London purata 10 degree celcius. Sejuk kan? Nak gi mana pun kena pakai sweater. Kemudian aku sekeluarga terus ke hotel penginapan, Duke of Leinster Hotel yg terletak di Leinster Garden, lebih kurang sejam perjalanan dari airport.


Dah xde sape nak amik gmba aku, aku amik sendiri jelah -.- time ni baru sampai hotel dari airport.
First day, aku dgn family jalan-jalan sekitar hotel je. Nak biasakan diri dgn suasana London dulu. Ingat senang ke nak biasakan diri dgn cuaca sejuk camtu. Tangan pun letak dlm poket. -.- Time tu lebih kurang pukul 7-8pm. Musim sejuk kat London siang panjang berbanding malam. Pukul 8.30pm baru senja. Pukul 9pm baru gelap. Pastu pukul 5.30am dah cerah.

Pasal makan pulak senang nak cari. Kebetulan dekat dgn hotel aku tu ada restoran Malaysia. Owner dia org kedah. Pastu ada jugak beberapa kedai halal kat sana. So pasal makan xde masalah. Tapi ingat, bukan semua kedai makan kat sana halal ye. Banyak jugak kedai kat sana tak halal. So please be aware!!!


Gmba ni aku amik dari bilik hotel. Time ni pukul 8.30pm. Baru senja. Siang panjang, malam pendek
Hari ke-2, aku dgn family ke Bicester Village (pronoun as "bis ter village"). Nak ke tempat ni kena naik tren. Sejam perjalanan dari Kota London dgn tren.


Stesen keretapi utk ke Bicester Village

Kat Bicester Village ni ada jual barang-barang branded. Baju, kasut, beg, wallet, tali pinggang, dll. Tempat ni lebih kurang macam JPO gak la kat Johor. So nak ke sini kena berduit ye. =P Jangan terkejut kalau tengok barang yg ada brand harga dia lebih kurang 25 pound ke, 30 pound ke, 50 pound ke, 100 pound ke. Sebab itu dlm matawang POUND. Tapi kalau convert ke RM, kena darab 5. Maknanye kalau harga dia 25 pound, kalau ringgit malaysia 25 x 5 = RM125. Lebih kurang camtu lah. So kalau gi sana beli barang harga yg macam tu jgn bangga sangat sebab murah. Sebab ia POUND ye. >.< Ada sekali tu aku beli air mineral harga 1 pound. Kalau tengok nombo 1 tu mmg la kecik. Tapi convert ke RM, harga dia RM5. -.-
Dah membeli-belah kat sini dari pagi sampai petang, aku pun balik ke hotel semula.


Dalam tren 
 Nampak macam biasa je kan. Tapi tgh menahan sejuk tahu
Bicester Village


Bicester Village 
Dah habis shopping, tunggu tren nak balik


Sementara tunggu tren nak balik 
Hari ke-3, aku bershopping ke 2 buah shopping mall. Nama dia Selfridges dgn Harrods. Mall ni lebih kurang macam Alamanda, Pavillion, KLCC dan yg sewaktu dgnnya. Maknanye nak dtg sini pun kena berduit. Kalau mcm aku ni kira dpt amik gmba jelah barang2 dlm mall tu. Nak beli belum berkemampuan. -_-

Hari ke-4 pulak, aku pusing-pusing kota London dgn naik bas double decker. Aku dgn family aku dok tingkat atas. Dia punya sejuk susah nak gambarkan. Ada sekali tu aku rasa macam pipi aku ada ais. -.-


tunggu bas



dlm bas double decker tingkat atas


adik

Pastu aku pegi ke 1 tempat nama dia Madame Tussauds. Tempat ni ada patung lilin yg menyerupai pelakon, penyanyi, pemain sukan, pemimpin dan byk lg.


abah


obama


xtau nama


dah lupa nama


x penah amik tau nama
Pastu aku dgn family bersiar-siar sekitar Kota London. Antara tempat yg aku ingat yg ktorg pegi Trafalgar Square, London Eye, Big Ben, banyak lg sebenarnye. Lupa dah.


London Eye


Big Ben
The next day, aku ke Ripley's Believe It Or Not Museum. Kat sini ada replika benda-benda pelik yg benar-benar wujud di seluruh dunia. Luas gak tempat ni. Penat nak explore semua.


Abah & Ibu


Fosil telur dinosaur


Meteorite atau pun tahi bintang yg jatuh ke bumi


Manusia paling berat
So tu lah aktiviti aku sepanjang berada di London. Dah penat berjalan, pastu 3/5 hari Jumaat aku bertolak pulang ke Malaysia. Once again aku naik A380 penerbangan MH03 dari Hearthrow ke KLIA. Penerbangan aku berlepas jam 12 tghari waktu London atau 7pm waktu Malaysia dan sampai KLIA pukul 7.30 pagi keesokan harinya. Total flight selama 12 jam 30 minit. Jangan tanye aku kenapa flight dari London ke KL lg cepat berbanding dari KL ke London. Padahal menuju ke destinasi yg sama. -.-


Kat Heathrow Airport nak balik Malaysia


Airbus A380 - Pesawat penumpang terbesar dunia
Rasenye sampai sini jelah aku dapat kongsikan bersama trip aku ke London pada 28/4 - 3/5. Thanks for visiting. :)


Sunday, May 5, 2013

Budaya melayu : Perlukah kita menyindir?


Alhamdulillah. PRU13 pun dah habis. BN kekal sebagai Kerajaan Persekutuan. Tapi entri ni bukan saya nak kata pasal PRU. Tapi budaya kata-mengata atau mengumpat yg seolah-olah dah sebati dalam diri kita. Saya sentiasa mengikuti perkembangan semasa politik negara sejak kebelakangan ini. Dari pemimpin, sehinggalah kepada rakyat, pelbagai kata-kata yg tidak elok dilemparkan.

Dalam laman sosial manusia seperti sudah hilang kewarasan dgn mengungkit sesama sendiri hanya semata-mata perbezaan ideologi politik. Saya tidak suka mendengar orang kata “Najib Altantuya”. Saya juga tidak suka mendengar orang kata “Anwar Aljuburi”. Saya tidak suka mendengar orang kata “Rosmah puaka”. Saya tidak suka dengar orang kata “Nik Aziz ulama trompah”. Saya bukannya bercakap berkaitan politik. Apa yg hendak disampaikan di sini adalah budaya masyarakat negara kita yg suka mengata orang lain, khususnya masyarakat melayu.

Jika benar orang tu salah, kenapa kita perlu mengata orang tersebut? Kita yg berada di pihak yg benar ni beritahu kepada dia benda yg benar. Katakan kepada dia bahawa apa yg dia buat itu salah. Bukan ke itu lebih bertamadun? Siapa kita untuk mencerca sedangkan kita sendiri pun tidak sempurna. Nabi tidak pernah ajar kita guna mulut maki sesama manusia.

Kita mungkin seronok bercerita atau memburukkan orang lain. Tapi kita lupa, bila kita buka aib orang, Allah buka aib kita. Wahai manusia, ingatlah, bila kita dicaci, bersabarlah. Kerana Allah sedang merencanakan yg terbaik untuk kita.

“Ya Allah, peliharalah aku dari kata-kata nista manusia. Peliharalah hati aku daripada memelihara hasad dengki atau dendam. Aku mohon padaMu kuatkanlah aku untuk menempuh hari-hari mendatang. Sesungguhnya hanya Engkaulah tempat aku berlindung. Amin.”

"WHEN PEOPLE DON'T LIKE YOU, NOTHING ACTUALLY HAPPENS, NOTHING.  THE WORLD DOES NOT END, YOU ARE STILL BREATHING.  GET ON WITH IT" 


*entri ini tidak ditujukan kepada mana-mana pihak. hanya sekadar renungan bersama*

Wednesday, April 24, 2013

Nukilan Pertama

Assalamualaikum,

Ni blog pertama aku. Saje testing testing. Aku masih belajar lagi cemane nak manage blog ni semua. Susah jugak tau nak buat blog ni. Ingatkan macam korek hidung je. -.- Kalau korg ada sebarang komen atau cadangan, boleh la ajukan kepada aku ye. (^_^)v




Update blog sambil menggaru,
Leka update lupa nak makan,
Saya blogger masih baru,
Tunjuk ajar saya perlukan. :)